Selasa, 26 Februari 2013

Intervensi Kemuradatan Alkohol

KANDUNGAN NASIHAT KESIHATAN a) Maklumat 1 Langkah pertama adalah memaklumkan risiko klien. Risiko klien telah dikenalpasti melalui saringan AUDIT C sebagai pengambil minuman beralkohol berisiko sederhana (skor 3 – 4). Ini bermakna, jika mereka kekal mengambil minuman beralkohol dalam kuantiti sekarang, mereka berkemungkinan/berisiko untuk mengalami masalah-masalah berkaitan pengambilan alkohol. Kemudian berpandukan AUDIT-C, bincang corak pengambilan minuman beralkohol klien untuk membantu klien memahami risiko yang mereka hadapi dan mengubah corak pengambilan alkohol. b) Maklumat 2 (Apa itu minuman beralkohol) Untuk mengetahui lebih jelas risiko alkohol kepada klien, mereka perlu tahu apa itu minuman beralkohol. Minuman beralkohol adalah minuman yang mengandungi alkohol (etanol). Minuman ini juga dikenali sebagai arak atau minuman keras. Alkohol/ etanol dalam minuman beralkohol adalah sejenis dadah dari kumpulan dadah depressant (penindas) yang boleh melambatkan aktiviti saraf dan ketidakseimbangan pergerakan fizikal anggota tubuh badan. Selain itu ianya toksik kepada organ dalam badan. Bagi remaja ianya boleh merencat perkembangan otak dan bagi wanita mengandung ianya boleh menyebabkan kecacatan kepada anak yang dikandung. Maklumkan juga 3 kumpulan minuman alkohol iaitu minuman alkohol rendah, minuman alkohol sederhana, minuman alkohol tinggi. Minuman alkohol dengan kandungan alkohol yang tinggi adalah lebih merbahaya berbanding alkohol rendah. Maklumkan kepada klien apakah minuman beralkohol dengan memberi contoh jenis minuman beralkohol yang mereka minum dan yang didapati di kawasan komuniti anda. Jenis-Jenis Minuman Beralkohol 1. Minuman beralkohol di kedai • Bir ( Beer, Scout ); alkohol rendah • Wain (Wain buah-buahan , wain beras ); alkohol sederhana • Likuer dan spirit (Liquer, Gin , Rum, Vodka); alkohol tinggi 2. Minuman beralkohol tradisional / dibuat di rumah • Todi, Bahar. Ijuk ; alkohol sederhana • Tuak Beras, Air tapai, Lihing ; alkohol sederhana • Montoku, Langkau, Samsu ; alkohol tinggi c) Maklumat 3 (ukuran minuman alkohol) Untuk mengetahui lebih jelas risiko alkohol kepada klien, mereka juga perlu tahu kuantiti alkohol yang mereka telah minum. Maklumkan kepada klien pengiraan unit minuman alkohol (standard drink), supaya mereka boleh menganggarkan jumlah pengambilan mereka. Sila rujuk kepada contoh 1 minuman alkohol seperti rajah di bawah. Contoh ukuran satu minuman alkohol di Malaysia adalah seperti berikut: Contoh sukatan bagi 1 minuman alkohol tradisional: • Bahar/ Ijok/ Todi : 4 hirup/ 120 ml = 1 minuman alkohol • Air tapai/ Tuak beras/ Lihing : 3 hirup/ 90 ml = 1 minuman alkohol • Montoku/ Langkau/ Samsu : 1 hirup/ 30 ml = 1 minuman alkohol d) Maklumat 4 (kemudaratan alkohol) Klien hendaklah dimaklumkan tentang kesan mudarat alkohol. Alkohol dikaitkan dengan pelbagai kemudaratan, sesuaikan penerangan dengan keadaan dan persekitaran klien. Kesan mudarat alkohol Alkohol tergolong dalam kumpulan dadah penindas (depressant) yang mengganggu sistem saraf dengan melambatkan fungsi dan gerak balas anggota badan. Pengambilan yang banyak pada satu-satu masa menyebabkan mabuk dan hilang kawalan diri dan minda. Pengambilan yang berterusan boleh menyebabkan kebergantungan atau ketagihan kepada minuman beralkohol, juga kerosakan organ badan. Kesan kesihatan pengambilan alkohol Kategori / sistem Kesan jangka pendek Kesan jangka panjang Sistem saraf Sakit kepala, pitam, kebas hujung jari tangan / kaki Sindrom tarikan (withdrawal), sawan nyanyuk, pengecutan otak, gangguan berfikir, gangguan pergerakan Sistem peredaran darah dan Jantung Darah tinggi Kerosakan jantung, denyutan nadi tidak normal, serangan jantung, angin ahmar, mati mengejut Sistem penghadaman dan usus Loya, muntah, Gastrik (dugal), cirit birit, luka dalam perut. Gastritis teruk (kronik) Radang pankreas (akut dan kronik) Hepar / Hati Peningkatan enzim dalam hati Hati berlemak (Fatty liver), Hepatitis, kerosakan hati (cirrhosis) Sistem Reproduktif Kesan kepada janin, Fetal alcohol syndrome (kecacatan bayi) Gangguan fungsi seks, gangguan kitaran haid, tidak subur, putus haid awal, keguguran Penyakit Kanser Kanser hepar, pancreas, esophagus, buah dada. Masalah mental Murung, resah (anxiety) Gangguan mood, gangguan keresahan, masalah personaliti (anti social) Masalah perundangan Kesalahan jalan raya, memandu semasa mabuk, jenayah Kemalangan jalan raya, kemalangan lain, keganasan, jenayah Masalah di tempat kerja Letih lesu, kerap tidak hadir kerana tidak sihat, kesukaran memberi penumpuan, kurang kecekapan. Kemalangan, kecederaan, hilang pekerjaan, menganggur Masalah keluarga Konflik rumah tangga, anak bermasalah disiplin, mengabaikan tanggung jawab, beban kewangan, terpinggir Perceraian, penderaan pasangan / anak, hilang hak penjagaan anak, beban kewangan Kesan kepada kanak-kanak Masalah di sekolah, stigma, kesukaran memberi tumpuan, gangguan emosi Masalah pembelajaran, masalah tingkah laku, gangguan emosi berpanjangan e) Maklumat 5 (Faedah sihat tanpa alkohol) Klien juga perlu dimaklumkan tentang faedah-faedah yang diperolehi jika berhenti dari mengambil minuman beralkohol Antara faedah utama ialah :  Kurang masalah keluarga o Hubungan suami isteri lebih mesra o Anak-anak lebih terjamin o Tiada beban hutang o Mampu untuk beli peralatan rumah, perbelanjaan keluarga, dll o Boleh menabung untuk masa depan o Tiada risiko mati mengejut  Tiada kesan mabuk o Hubungan kejiranan lebih mesra (salah faham, pergaduhan, konflik) o Kemalangan kepada diri sendiri atau melibatkan orang lain o Kecederaan kepada diri sendiri atau orang lain (bergaduh, dera isteri, dera anak) o Maruah diri anda lebih terpelihara  Prestasi kerja lebih baik o Cergas ketika bangun tidur o Tidak lewat ke tempat kerja o Lebih tumpuan kepada kerja (fokus) o Produktiviti kerja lebih baik o Meningkatkan prestasi kerja  Kesihatan saya lebih terjamin o Radang hati o Kerosakan hati o Darah tinggi o Kanser o Kurang risiko mati mengejut (akibat kemalangan, kecederaan atau angin ahmar) Selain itu, anda juga akan menikmati faedah seperti :  Tidur anda lebih berkualiti (tiada gangguan dan lebih segar bila bangun)  Kurang berat badan (kerana minuman beralkohol berkalori tinggi)  Pemakanan lebih seimbang (kerana pengambil alkohol lebih cenderung memakan daging dan sup apabila mengmabil alkohol)  Anda lebih gembira kerana emosi lebih ceria dan tenang  Penggunaan wang yang lebih berfaedah dan boleh disimpan f) Maklumat 6 (peluang untuk berhenti minum alkohol dan mengamalkan ”sihat tanpa alkohol”). Akhiri pendidikan kesihatan dengan menanamkan semangat kepada klien untuk mengamalkan gaya hidup sihat iaitu ”sihat tanpa alkohol”. Maklumkan kepada mereka adalah penting untuk mereka berhenti meminum alkohol sepenuhnya atau mengurangkan pengambilan alkohol anda sekarang. Ramai orang mampu untuk membuat perubahan positif dalam sikap pengambilan alkohol, iaitu berhenti sepenuhnya. Klien telah mengamalkan ”sihat tanpa alkohol” sekiranya mereka berjaya berhenti mengambil alkohol dan langsung tidak meminum alkohol dalam tempoh 12 bulan yang lalu (1 tahun). Saringan seterusnya adalah dalam masa setahun berikutnya. Namun sekiranya klien adalah wanita mengandung, remaja atau mereka dengan penyakit kronik, nasihat mereka untuk dapatkan rawatan di klinik kesihatan. g) Maklumat 7 (Kumpulan Sokongan Komuniti) Beritahu klien berkenaan Kumpulan Sokongan Komuniti (KSK) dan galakkan mereka menyertai untuk mendapatkan maklumat lanjut dan sokongan bagi mengurangkan risiko kemudaratan alkohol.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Loading...