Khamis, 17 Jun 2010

Kehidupan Masyrakat terhimpit dengan Syarikat Gergasi Kelapa Sawit.

Beluran: Malaysian Enviroment Consultant (MEC) telah membuat satu Kajian Sosial survei lapangan High Conservation Value (HCV) dan Sosial Impact Assement (SIA).Kajian ini dijalanklan di beberapa kawasan di Paitan contohnya di Syarikat Hibumas 1 dan 2 Jebawang, Sekar Imej, Sri Kamusan, Sapi sugut dan bebrapa buah kampong yang terlibat iaitu, Kg. Tampat, Teliduson, Linayukan, Melapi, Sungai-sungai. Kajian ini dilakukan dalam usaha memenuhi tanggungjawab Syarikat Wilmar Sdn. Bhd dalam pensijilan Rountable Susatainable Palm Oil (RSPO).
Kajian survei lapangan ini dijalankan ini untuk mendapatkan data dengan menggunakan soalan survei melalui temuramah perseorangan juga dijalankan untuk mendapatkan profail syarikat dan maklumbalas daripada isu yang ditimbulkan oleh masyarakat kampung di sekitar kampung yang terlibat dalam kajian sosial survei ini. Temuramah berkumpulan berpandukan soalan temuramah juga dijalankan mengikut kategori iaitu masyarakat kampung yang terlibat di dalam kawasan syarikat adalah yang berkaitan dengan isu/masalah, pandangan dan aspirasi masyarakat kampung. Selain itu juga pemerhatian lapangan, pengambilan gambar dan pengambilan Point GPS serta semakan fail syarikat juga dibuat untuk membuat kepastian mengenai isu-isu yang ditimbulkan oleh masyarakat kampung terhadap syarikat.

Melalui kajian survei lapangan ini, pengkaji berpeluang mendengar luahan/pendapat dari masyarakat setempat berkenaan dengan syarikat dan sangat berharap Tanah Adat NCR yang termasuk dalam kawasan estate dan telah diusahakan oleh syarikat/estate dikembalikan kepada masyarakat untuk pelbagai kegunaan kerana tanah tersebut adalah tanah pusaka/warisan turun menurun ke generasi akan datang dan sebagainya melalui hasil kajian survei lapangan ini serta perbincangan dengan syarikat yang lebih adil dan saksama mengenai Tanah Adat Native Customary Rights (NCR) yang termasuk di Estate.
Dalam usaha masyarakat kampung untuk mendapatkan kembali Tanah Adat NCR yang sudah diambil/diusahakan oleh syarikat tersebut sudah kerap kali masyarakat kampung telah berunding/berbincang dengan syarikat yang terlibat di kawasan Tanah Adat NCR masyarakat kampung, tetapi setakat ini belum ada keputusan/hasil yang membanggakan komuniti terhadap apa yang telah dibincangkan bersama syarikat tersebut.
Gambar Tanah Perkuburan Pagan komuniti Kg. T elidusan yang jelas


Walau bagaimanapun usaha yang dilakukan oleh masyarakat kampung tersebut tidak diendahkan oleh syarikat, malahan syarikat telah berjanji akan memberi pelbagai kemudahan awam/asas dan cuba menyelesaikan isu sempadan tanah-tanah masyarakat kampung dengan estate oleh syarikat. Usaha yang selama ini masyarakat buat adalah hanya sia-sia sahaja kata salah pemimpin kampung yang telah ditemuramah kerana isu/masalah yang diharapakan oleh masyarakat kampung selesai seolah-olah tidak dihiraukan oleh syarikat yang terlibat yang berdekatan dengan perkampungan masyarakat tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan