Selasa, 21 Julai 2009

Lawatan pendedahan sambil belajar


Penampang: Lawatan Sambil belajar Latihan Membangun Masyarakat Kali Ke-7 dianjurkan oleh Pacos Trust pada 8 hingga 15 Julai 2009 di di semenanjung Malaysia dan di Thailand yang diadakan selama seminggu.

Seramai 15 orang yang terlibat dalam lawatan sambil belajar ini dimana 4 orang kumpulan jurulatih dan 11 orang Pelatih LMM. Lawatan ini adalah salah satu aktiviti/program di akhir penghujung Latihan Membangun Masyarakat sebelum Fasa Berdikari(Fasa 4) ini berakhir.

Tujuan utama lawatan ini adalah mendedahkan para pelatih LMM-7 dengan situasi perjuangan Orang Asal di tempat lain dalam cara menuntut Hak-Hak ke atas tanah adat NCR yang telah ditindas dan dirampas oleh mana-mana pihak mahupun syarikat-syarikat besar yang tidak prihatin dengan Kehidupan masyarakat Orang Asal setempat khususnya di luar Bandar.

Penumpuan utama selama lawatan ini adalah sangat penting bagi pelatih LMM-7 untuk berkongsi dan mempelajari bagaimana masyarakat Orang Asal berjuang ke atas Tanah Adat yang mereka usahakan selama bertahun-tahun lamanya. Harapan lawatan pendedahan sambil belajar ini adalah untuk berkongsi dengan masyarakat Orang Asal yang mempunyai isu/masalah yang boleh dikongsikan bersama.

Isnin, 20 Julai 2009

Satu Kejayaan Yang Amat Bermakna Bagi Saya

Pada hari ini saya sangat berterima kasih kepada pihak penganjur Media sukarela kerana telah melatih saya dalam pembuatan Blogger.. Dan Ini merupakan satu peluang yang amat besar sekali bagi komuniti untuk menyuarakan segala isu-isu yang melibatkan Hak-Hak Orang Asal yang kini semakin terpinggir disebabkan oleh penindasan yang tidak prihatin terhadap kehidupan Orang Asal khususnya Masyarakat di Negeri Sabah. Isu utama Yang dihadapi oleh Masyarakat Orang Asal adalah Tanah Adat NCR mereka yang telah dirampas oleh mana-mana pihak dan juga syarikat yang tidak prihatin terhadap kehidupan masyarkat orang asal. Dimanakah Hak-Hak Orang Asal Selepas dirampas oleh Pihak yang tidak bertanggungjawab? Marilah Bersama-sama untuk Berjuang menuntut Hak-hak kita yang ditindas untuk kehidupan kita sebagai Orang Asal...Hidup Orang Asal....Ngap Sayot..