Khamis, 6 Oktober 2011

Kisah seorang sombong

Ada seorang penuntut universiti dari sarawak berhasrat untuk pulang ke kampung halaman nya. Namanya ialah Odong.Oleh kerana tiada kenderaan untuk dinaiki odong terpaksa naik perahu.


Sepanjang perjalanan ke kampung nya dia telah
Menguji pemandu tersebut dengan beberapa soalan. Odong pun memulakan soalan nya yang pertama iaitu tahukah pak cik’’’ apakah nama ibu Negara jepun?’’’ dan orang tua itupun menjawab;’’ tidak .’’lalu odong pun dengan senang hati menjawab ‘’’sungguh kasihan ,,,,sungguh kasihan’’’.Lalu pak cik itu terdiam dan tidak tahu apa yang mampu nak dikatakan kepada odong. Sekali lagi odong pun menyoal pak cik tersebut ‘’’tahukah pak cik siapakah Perdana menteri Amerika syarikat? Sekali lagi pak cik itu mengatakan ‘’’tidak’’dan Odong pun menjawab “”sungguh kasihan,,,,sungguh kasihan’’’’ lalu pak cik terdiam lalu meneruskan kerja mengayuh untuk sampai ke sarawak.

Tiba –tiba pak cik itu pun berteriak sambil mengatakan perahu yang kita naiki sudah bocor. Lalu odong pun bercakap jadi apa yang harus kita lakukan sekarang? Lalu pak cik itu menjawab satu –satunya jalan
ialah kita mesti beranang untuk menyelamatkan diri kita masing –masing. Kau bodoh kah , kau ingat saya pandai beranang kah? Lalu pak cik itu pun menjawab ‘’’’apa guna belajar tinggi kalau tidak pandai beranang ‘’’

Oleh kerana pak cik berasa kasihan terhadap Odong terpaksa selamat kan Odong daripada lemas. Dari situ odong sedar akan kesilapan nya dan bertekad untuk mengubah sikap yang terlalu sombong terhadap orang yang lemah


MARI KITA SAMA-SAMA RENUNG

1. APAKAH PENGAJARAN YANG SAYA DAPAT RENUNG TADI?
2. ADAKAH PETIKAN TERSEBUT ADA DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN SAYA?
3. ADAKAH SELAMA INI SAYA SUDAH BENAR-BENAR MENGUBAH SIKAP SAYA?